FIFA 19 Sah Hadir Ke Switch, Tapi Tak Menggunakan Enjin Frostbite

Nampaknya bukan saja PlayStation 4 tapi Nintendo Switch pun akan menerima edisi terbaru siri FIFA iaitu FIFA 19.

Berita baik itu diumumkan oleh Andrei Lazarescu yang menjadi produser untuk mod FIFA World Cup, mengesahkan FIFA 19 akan tiba di konsol hibrid itu pada musim luruh ini. Pada masa yang sama, Andrei dan pasukannya sedang berusaha keras untuk memastikan ia lebih baik daripada FIFA 18.

 

Bagaimanapun, ia tak akan menggunakan enjin Frostbite, yang biasa digunakan EA untuk permainan aksi dan sukan. 

“Enjin custom baru ini menjanjikan visual lebih baik dan prestasi tak mengecewakan untuk handheld dan di TV,”

Walaupun update penuh belum disenaraikan, Lazarescu mengatakan ada penambahbaikan, seperti peminat dalam kelompok penonton yang kini mencontengkan muka mereka (face paint) dan memakai topi.

Beliau juga mengatakan dalam masa beberapa tahun akan datang, EA akan terus melancarkan game FIFA di Switch.

“Kalau lah kita boleh dapatkan francais sukan lain seperti Madden NFL dan EA Sports NHL.. mesti lagi seronok,”

 

Buat masa sekarang, peminat boleh menikmati kemaskini FIFA World Cup yang sedia dimainkan untuk semua versi dan ia percuma!

Juga perlu dimaklumkan, belum ada tarikh rasmi bagi pelancaran FIFA 19 tapi ia akan diumumkan dalam masa seminggu lagi ketika acara EA Play. Mungkin pada akhir September.. memberi ruang kepada Madden NFL 19 untuk mendominasi bulan Ogos.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+