FIFA 19: Aril Kini Bersama FrostFire

Nampaknya arena FIFA tempatan akan menyaksikan lebih banyak cabaran dalam setiap kejohanan akan datang.

Pemain profesional FIFA yang asalnya dari Prodigy, Rezaril Keiflin Keifli (Aril) kini sah menyertai FrostFire selepas organisasi e-sukan itu mengumumkannya di laman Facebook mereka, semalam.

Aril akan menyertai Lim Boon ‘Shige’ Shin dan Kathires ‘Infamous9’ Sugumaran untuk kejohanan FIFA akan datang. Nantikan kemaskini tournament yang akan disertai mereka bertiga di laman Facebook FrostFire.

Untuk Aril, kami ucapkan selamat maju jaya dan semoga membawa lebih banyak kemenangan dalam arena FIFA tempatan. 

RELATED NEWS

+