Fall Guys catat 29.3 juta jam tontonan di Twitch, mengalahkan rekod League of Legends

Fall Guys: Ultimate Knockout baru sahaja dilancarkan tetapi kini ia sudah menjadi permainan paling ditonton di Twitch. Sebelum ini, pencapaian tersebut dipegang oleh League of Legends.

Menurut laman web statistik Twitch SullyGnome, lebih daripada 29.3 juta jam permainan Fall Guys telah ditonton. Waktu tontontan League of Legends pula dicatatkan 28.7 juta jam.

Ini merupakan satu pencapaian yang agak hebat kerana Fall Guys dilancarkan pada awal bulan ini dan tidak seperti League of Legends, ia perlu dibeli untuk dimain. Walaubagaimanapun, pelanggan PlayStation Plus menerima permainan itu secara percuma di PlayStation 4 (PS4).

Setakat ini, jumlah penuh pemain Fall Guys di PS4 telah mencecah 15.6 juta pemain. Di Steam pula, lebih daripada 2 juta salinan telah dijual.

Fall Guys membuktikan bahawa genre battle royale masih menjadi kegilaan ramai. Anda hanya perlu kreatif dalam menggunakan genre tersebut untuk mencipta sesuatu yang baharu.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+