EVOS SG juara sulung MPL Singapura musim pertama, layak ke MSC 2021

Singapura: Rezeki berpihak kepada EVOS SG selepas bergelar juara sulung Liga Profesional Mobile Legends (MPL SG) musim pertama.

EVOS SG berjaya membawa pulang SGD$30,000 (RM93,000) hasil kemenangan itu yang mana mereka menewaskan RSG SG 3-0.

“Kami teruja dapat memenangi MPL pertama untuk Singapura. Ia merupakan perjalanan yang cukup mencabar buat pemain baru di pasukan ini,” kata Pengurus EVOS SG, Matthew Chan.

“Tapi tidak kira apa saja perubahan, kami sentiasa bermain sebagai satu pasukan dan sasaran kami adalah juara untuk EVOS dan untuk bos kami, Ivan,” katanya lagi.

EVOS SG dan RSG akan layak ke Piala Asia Tenggara MLBB (MSC 2021) yang akan diadakan secara dalam talian pada 8 Jun ini.

Sementara itu, Pokemon dari EVOS SG dianugerahkan Pemain Terbaik (MVP) bersama rakan sepasukan, Andrew “Potato” Lim yang menjadi MVP bagi musim liga. Long “Girl” Shih Kiat pula berjaya digelar Pemain Rookie terbaik.

Kejohanan ini dibawakan oleh PVP Esports dan MOONTON dan dikuasakan oleh Singtel.  

RELATED NEWS

+