EVOS Legends berjaya menempah tiket ke upper bracket, Sang Raja kecundang 1-2

El Clasico yang terjadi di antara EVOS Legends dan RRQ Hoshi ternyata memberikan suasana yang hangat di kalangan peminat.

Kedua-dua pasukan ini boleh dikatakan antara yang terkuat di dalam Indonesia setakat ini, dua bekas juara MPL ini terbukti telah berjuang habis-habisan untuk menempah tiket ke peringkat upper bracket playoff sebentar tadi.

Kemenangan yang telah berpihak kepada EVOS Legends menyebabkan mereka berjaya menempah tiket ke upper bracket, meskipun mata mereka sama iaitu aggregate +8 akan tetapi EVOS Legends mempunyai kelebihan kerana mereka telah mengalahkan pasukan RRQ pada kali pertama bertemu.

Rekt yang berpeluang menggunakan hero yang banyak membantu pasukan beliau menggunakan Angela dan digandingkan dengan Roger yang dimainkan oleh Ferxiic menyebabkan Sang Raja tewas 1-2 di tangan EVOS. Mereka turut dibantu oleh Luminaire yang cemerlang menggunakan Pharsa dan ditambah lagi dengan asakan dari Paquito Antimage.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Sang Raja akan ke peringkat lower bracket playoff tidak lama lagi, mereka akan berlawan dengan salah satu pasukan dari lower bracket iaitu BTR, Genflix Aerowolf dan juga Alter Ego. Mungkin di peringkat playoff ini kita akan dapat menyaksikan Sang Raja bangkit semula untuk membalas dendam terhadap Sang Harimau Putih.

Peringkat playoff pasti akan mempunyai banyak kejutan dari kesemua 6 pasukan ini. Masing-masing ingin merebut hadiah terkumpul sebanyak AS$300,000. Nantikan kemuncak peringkat playoff MPL Indonesia musim ketujuh yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kami pasti akan terus menyalurkan berita-berita yang menarik ini untuk anda semua.

RELATED NEWS

+