Evil Geniuses tubuhkan skuad VALORANT – campur lelaki dan wanita

Evil Geniuses nampaknya mengambil satu langkah yang wajar dipuji apabila menubuhkan pasukan VALORANT baru yang dianggotai oleh pemain lelaki dan wanita.

Pasukan itu dianggotai oleh Nolan “Temperature” Pepper, Aleksandar “aleksandar” Hinojosa, Ronan “Osias” Javelona, Claudia “Clawdia” Che dan Christine “potter” Chi. Mereka akan bertanding dengan pasukan-pasukan hebat lain dalam arena kompetitif VALORANT.

Temperature dan Aleksandar dari pasukan Moon Raccoons. Mereka pernah tewaskan FaZe Clan dan Andbox sebelum ini.

Osias pula adalah dari Mamba Mode Gaming dan Mistify makala Potter pula adalah pemain kompetitif dari CS 1.6 dan CS:GO. Clawdia satu-satunya pemain baru dan bermain bersama Potter. Pastinya mereka berdua ingin buktikan yang terbaik dalam pasukan EG ini.

Bagaimanapun, dalam pusingan kelayakan terbuka VCT, mereka tewas awal di tangan Serenity.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+