Esports Awards: Team Secret, Riot Games, G2 Esports dan Free Fire menang kategori penting

Di majlis anugerah Esports Awards 2020 yang memberi penghargaan kepada penggiat industri, empat kategori penting dimenangi oleh nama-nama yang tidak asing dalam dunia e-sukan iaitu Riot Games, Free Fire dan Team Secret.

Pasukan e-sukan terbaik tahun ini – Team Secret

Team Secret juga meraih kemenangan lain menerusi kategori Pemain e-sukan PC terbaik tahun ini yang dimenangi oleh Nisha (pemain Dota 2 mereka) serta jurulatih terbaik yang dimenangi oleh Lee “Heen” Seung Gon (Dota 2).

Permainan mudah alih terbaik tahun ini – Free Fire

Penerbit terbaik tahun ini – Riot Games

Organisasi e-sukan terbaik tahun ini – G2 Esports

Terdapat banyak lagi kategori lain yang anda boleh saksikan pemenangnya di Twitter rasmi @esportsawards.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+