Empat Skuad Ini Layak Ke Semi Final MLBB Celcom XPAXKEK Semester 2 Zon Utara

Selepas berhempas pulas di pusingan kelayakan tak lama dulu, skuad Zenith4cast, Proxy Alliance, PTSB DOT COM dan Wyvern’s Fury III  layak ke semi final Zon Utara dalam kategori Mobile Legends bagi Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 2 yang berlangsung bermula hari ini.

Dalam perlawanan sengit yang menggunakan format terbaik daripada tiga (BO3), mereka berjaya, lihat kembali ulang tayang perlawanan-perlawanan epik suku akhir dibawah:

MLBB CELCOM #XPAXKEK SEM 2 Quarter Final 2 – REX e-sport [IPG Pulau Pinang] VS Wyvern's Fury III [UTP]

Pasukan dari Zon Utara ni bukan biasa-biasa ya, memang semuanya berbisa! Pasukan manakah yang bakal memenangi match pusingan Quarter Finals #XPAXKEK petang ini, Team REX e-sport dari Institut Guru Kampus Pulau Pinang atau Wyvern's Fury III mewakili Universiti Teknologi Petronas? Saksikan LIVE #DemiMaruahKampus

Posted by My Game On on Saturday, October 12, 2019

MLBB CELCOM #XPAXKEK SEM 2 Quarter Final 1- Zenith4cast [Poli Azlan Shah] VS USM Proxy Plus [Kejuruteraan USM]

Perlawanan penentuan ke pusingan Semi-Finals Celcom #XPAXKEK Zon Utara hari ini dimulakan dengan team Zenith4cast mewakili Politeknik Sultan Azlan Shah menentang team USM Proxy Plus dari KEJURUTERAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA #DemiMaruahKampus Siapakah yang bakal bolot kemenangan jom kita saksikan!

Posted by My Game On on Saturday, October 12, 2019

Edisi kedua Celcom XPAXKEK membawakan 2 kategori pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000.

Mengikut format semester lepas, pelajar-pelajar bertanding dalam lima zon iaitu:

  • Borneo (Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak) – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching pada 21 & 22 September 2019 
  • Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) – Paradigm Mall, Johor Bahru pada 27 & 28 September 2019
  • Tengah (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam pada 5 & 6 Oktober 2019
  • Utara (Perak, Penang, Perlis & Kedah) – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk Pulau Pinang pada 12 & 13 Oktober 2019
  • Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) – Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada 26 & 27 Oktober 2019
  • Grand Finale – The Curve, Damansara pada 23 & 24 November 2019

Pasukan-pasukan berdaftar akan bertanding bagi merebut kedudukan 16 terbaik dalam peringkat online. 16 pasukan yang layak untuk kedua-dua game akan mara ke setiap zon bermula dari UNIMAS, Sarawak.

Pemenang pasukan dari setiap zon ini akan merebut gelaran juara keseluruhan dan hadiah wang terkumpul di The Curve, Damansara pada akhir November. Lebih menarik, kampus yang mengumpul mata tertinggi akan menerima biasiswa bernilai RM50,000 dibawakan oleh Celcom Xpax.

Pada semester lepas, juara keseluruhan disandang oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan tempat ketiga diperoleh oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Honda Malaysia, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

RELATED NEWS

+