EL Clasico: RRQ Hoshi vs EVOS Legends, penentuan siapa layak ke upper bracket

MPL Indonesia musim ketujuh kini sudah menghampiri penghujungnya, peringkat group stage akan berakhir pada hari ini. Hari ini merupakan hari yang panas dengan El Clasico di antara Sang Raja dan juga EVOS Legends. 

EVOS Legends memerlukan skor 2-0 ke atas RRQ Hoshi bagi melayakkan diri ke pusingan upper bracket manakala Sang Raja hanya perlu memenangi satu perlawanan untuk mendapatkan slot tersebut.

Ia pasti akan menjadi saingan hebat buat kedua-dua pasukan untuk saling merebut slot terakhir ini.

Ferxiic dan Alberttt harus menonjolkan prestasi yang cemerlang sebagai jungler kedua-dua pasukan. Ahli pasukan lain harus bijak melakukan rotasi ke arah lane lawan untuk memastikan jungler mereka di enable saat pertengahan permainan.

Albertt yang merupakan juara musim ke-6 yang lalu mempunyai peluang yang besar untuk memenangi perlawanan ini kerana hero pool yang sangat besar telah memberikan beliau kelebihan untuk pasukan Sang Raja.

Di samping itu, Ferxiic juga dilihat sebagai seorang pemain baru yang dimasukkan ke dalam pasukan EVOS Legends.

Prestasinya di dalam permainan pantas melonjakkan namanya sebagai salah seorang jungler yang terbaik di dalam MPL Indonesia musim ketujuh.

Bocah ajaib ini dibawa masuk dari pasukan EVOS Icon yang mempunyai sejarah sebelum ini tanpa kalah ketika Ferxiic bermain untuk pasukan tersebut di MDL.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Perlawanan pada malam ini pasti akan menjadi saat yang mendebarkan buat kedua-dua pasukan.

Mampukah Sang Raja meneruskan momentum mereka setelah memperolehi synergy antara pasukan atau adakah EVOS Legends akan bangkit dengan strategi yang baru berdasarkan keputusan mereka yang merosot baru-baru ini. Kita saksikan tidak lama lagi.

Foto: OneEsports

RELATED NEWS

+