DOTA2: The International 11 akan dihoskan pada 2022, menurut satu emel maklumbalas dari Valve

Nampaknya The International 11 mungkin akan ditangguh sehingga 2022, menurut satu emel yang dikeluarkan oleh Valve.

Laporan dari VP Esports mengatakan, Valve pada mulanya mengumumkan kepada kota-kota di seluruh dunia pada Februari 2020 untuk memohon menjadi lokasi penganjuran The International. Ia kemudiannya dijadualkan untuk berlangsung pada 2021 tapi dalam satu maklum balas kepada Persekutuan E-Sukan Belarus, Valve mengubah jadual.

Persekutuan itu memohon lokasi Belarus, Minks untuk hos kejohanan itu namun, Valve segera memberi maklum balas dalam emel.

Memandangkan Valve menunda penganjuran TI 11 setahun kemudian, ini mungkin bermakna peminat Dota 2 patut menjangkakan TI 10 juga akan dihoskan pada tahun depan. 

TI10 sepatutnya dianjurkan di Ericsson Globe arena di Stockholm, Sweden pada 18 Ogos hingga 23 Ogos. Meskipun acara ini ditunda pada tarikh belum pasti, Battle Pass yang menjadi sumber crowdfunding sudah mencecah AS$28 juta dengan sumbangan dari komuniti.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan InstagramSaksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+