DOTA2: Team Nigma akan bertanding tanpa KuroKy di OMEGA League

Kapten Team Nigma, Kuro Salehi “Kuroky” Takhasomi nampaknya akan terlepas kejohanan Dota 2 OMEGA League: EU Immortal Division yang dijangka berlangsung beberapa hari lagi.

Difahamkan, pemain posisi 5 itu tidak dapat menyertai kerana kecederaan pada lengan yang menyebabkan beliau menjalani terapi fizikal. Malangnya, kecederaan ini masih memberi kesan kepada pemain popular ini sehingga sekarang.

Sementara itu, jurulatih Nigma, Roman ‘rmN-‘ Paley mengambil tempat Kuro di acara OGA Dota Pit, membantu pasukan itu ke Grand Final yang mana pasukan itu hampir ditewaskan oleh Alliance sebelum membuat comeback dengan meraih kemenangan 3-2. Memandangkan rmN- bermain dengan baik, tak mustahil beliau akan stand-in di OMEGA League ini nanti.

OMEGA League: EU Immortal Division. akan memulakan peringkat kumpulannya pada 14 Ogos ini.

Satu persembahan menarik dan mengujakan nanti kerana kita dapat melihat jika Nigma boleh meneruskan rentak cemerlang mereka di Dota PIT ataupun tidak memandangkan Evil Geniuses dan Virtus.Pro berada dalam kumpulan yang sama.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+