DOTA2: T1 kehilangan tiga pemain termasuk pemain bintang dari Indonesia, inYourdreaM

Pasukan T1 melepaskan tiga pemain Dota 2 mereka meskipun sudah memasukkan jurulatih yang hebat.

Pada Oktober lalu, mereka memasukkan Karl “Karl” Jayme ke dalam roster sementara Park “March” Tae-won menjadi ketua jurulatih. Bagaimanapun, berita baik ini tak kekal lama apabila pengumuman dua pemain dan seorang jurulatih akan meninggalkan organisasi itu.

Dalam posting itu menulis yang T1 mengesahkan Pyo “MP” No-a, Tri “Jhocam” Kuncoro dan Muhammad “inYourdreaM” Rizky meninggalkan skuad itu dan berterima kasih kepada T1.

Difahamkan, T1 mengalami kesukaran bertanding dengan skuad lain dari Asia Tenggara dan mereka berulangkali menukar roster sepanjang tahun ini.

Sekarang T1 mempunyai ahli seramai tiga orang:

  • Karl “Karl” Jayme
  • Samson Solomon “Sam_H” Enojosa Hidalgo
  • Wilson Koh “Poloson” Chin Wei

Buat masa ini, T1 tak mempunyai sebarang kejohanan akan disertai dalam masa terdekat dan mereka boleh rekrut pemain baru dalam waktu itu.

Sumber rujukan: VPEsports

Foto: DreamHack

RELATED NEWS

+