DOTA2: Persona Pudge, Toy Butcher dilancarkan bersama-sama Voice of The International announcer pack

Persona Pudge yang dinanti-nantikan, Toy Butcher akhirnya hadir hari ini dalam Dota 2 diikuti dengan Voice of The International starter pack.

Pengguna Battle Pass The International 10 boleh mendapatkan Persona ini pada peringkat 255 dalam Battle Pass tersebut dan boleh dikatakan, ia agak mahal. Sejauh mana ia berbaloi? Anda boleh saksikan video previu di bawah.

The Toy Butcher – Pudge Persona Preview

The Toy Butcher – Pudge Persona Preview — Also now available is the Voice of the International Announcer Pack. #TI10 #Dota2

Posted by Wykrhm Reddy on Thursday, August 20, 2020

Seperti anak patung, hook Pudge adalah cangkuk di hujung tali yang terpisah dari tangan mekanikalnya. Ultinya pula mengeluarkan audio yang sangat mengundang rasa kurang senang kepada musuh.

Bagaimanapun, kuasa nombor dua, Rot menerima kritikan netizen yang mengatakan efek partikel itu sepatutnya ditukar kepada cotton bubble dan bukannya warna hijau seperti sediakala.

Seperti biasa juga, Persona ini dibandingkan dengan Kid Invoker yang dikatakan Persona paling berbaloi didapatkan. 

Sebelum ini, Persona Anti-Mage juga menerima kritikan kerana tidak mengubah partikel dan hanya model hero tersebut saja diubah.

Slot Persona ini mengunci slot-slot item yang lain jadi pemain tidak boleh melengkapkan hero mereka dengan pakaian yang berlainan.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+