DOTA2: Pemain veteran Singapura, iceiceice sertai Evil Geniuses

Pemain veteran Dota 2 dari Singapura, Daryl Koh “iceiceice” Pei Xiang kini rasmi menyertai Evil Geniuses. Ini adalah berita yang mengejutkan kerana pertama kali dalam masa 15 tahun kariernya, beliau akan bermain di rantau Amerika Utara.

Posisi beliau menggantikan Roman “RAMZES666” Kushnarev yang bermain posisi offlane.

Iceiceice sebelum ini pernah bersama Fnatic untuk masa yang agak lama. Ini sebelum beliau buat keputusan untuk tidak bermain di rantau Asia Tenggara dan mahu mencuba peluang di rantau lain. Kini beliau sah bersama EG.

Roster terkini EG:

  • Artour “Arteezy” Babaev
  • Azel “Abed” Yusop
  • Daryl Koh “iceiceice” Pei Xiang
  • Andreas Franck “Cr1t-” Nielsen
  • Tal “Fly” Aizik

Sumber rujukan: VPEsports

RELATED NEWS

+