DOTA2: Fnatic mendapat offlaner baru, menggantikan iceiceice

Selepas berita mengenai Daryl “iceiceice” Koh yang menyertai Evil Geniuses, sekali lagi pasukan lamanya, Fnatic mengambil ahli baru iaitu pemain dari Thailand, Natthaphon “Masaros” Ouanphakdee.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu posting di Twitter rasmi mereka.

Sebelum ini, Fnatic banyak menyertai kejohanan dengan menggunakan stand-in kerana tiada pemain offlaner tetap selepas kehilangan iceiceice. Kini roster mereka telah lengkap dan mereka bersedia menyertai kejohanan akan datang.

  • Marc Polo “Raven” Luis Fausto
  • Kam “Moon” Boon Seng
  • Natthaphon “Masaros” Ouanphakdee
  • Anucha “Jabz” Jirawong
  • Djardel “DJ” Mampusti

Semoga berjaya diucapkan kepada Fnatic dengan roster baharu mereka ini.

Sumber rujukan: VPEsports

RELATED NEWS

+