DOTA2: Battle Level Bundle boleh dibeli dengan harga RM131, bermula hari ini hingga 29 Jun

Semakin hampir hadiah terkumpul The International 10 mencecah AS$20 juta, Valve ingin merancakkan lagi penjualan Battle Pass menerusi diskaun bundle yang diumumkan hari ini.

Dalam satu posting di Dota 2 blog, Valve mengumumkan Battle Level Bundle yang hanya boleh dibeli dalam masa terdekat.

Menerusi bundle itu yang hanya berharga RM131, pemain akan menerima:

  • 120 Battle Levels
  • 9 buah Immortal Treasure I
  • 6 buah Immortal Treasue II
  • 3 buah Immortal Treasure III

Diskaun ini hanya bermula hari ini hingga 29 Jun ini saja. Ia memberikan sehingga 75% penjimatan dari levels dan treasure malah pemain yang membelinya secara tak langsung menyumbangkan 25% daripada harga bundle ini ke prize pool The International 10. 

Satu akaun boleh membeli terhad kepada dua bundles saja.

Semestinya ini satu penjimatan dan peluang untuk pengguna menambah level Battle Pass bagi mendapatkan ganjaran seperti terrain, Personas dan Arcana di level lebih tinggi.

RELATED NEWS

+