DOTA2: 23savage cecah 12,000 MMR, kini bersama T1

23savage atau nama sebenarnya Nuengnara Teeramahanon baru saja mencecah 12,000 match-making rating (MMR) dalam permainan Dota 2, menjadi individu pertama berbuat demikian.

Sejurus selepas itu, organisasi e-sukan, T1 mengambil beliau menggantikan posisi Souliya “JaCkky” Khoomphetsavong. Sebelum ini beliau dijadualkan bermain di Dota Pro Circuit 2021 bersama Vici Gaming di China tapi tidak dibenarkan untuk bertanding kerana peraturan ketat bagi keluar negara. 

Disebabkan itu, Vici terpaksa melepaskan beliau.

Walaupun 23savage bersama Vici sekarang,  T1 menerima banyak kritikan kerana melepaskan JaCkky biarpun mereka layak ke Major sebelum ini. Disebabkan pertukaran pemain baru ini, T1 akan kehilangan beberapa mata DPC.

23savage bakal beraksi di kejohanan Singapore Major tak lama lagi pada 27 Mac ini.

Foto: AFKGaming

RELATED NEWS

+