Dota 2: W33 bukan lagi pemain utama untuk Team Nigma

Aliwi “W33” Omar nampaknya sudah tidak lagi menjadi pemain utama bagi pasukan Dota 2 Eropah, Team Nigma.

Beliau akan menjadi pemain keenam dan tidak aktif, menurut satu ciapan dikeluarkan di  Twitter.

Sejak bersama pada 2019, mereka seolah sukar untuk mencari kemenangan di kejohanan ternama namun menemukan kejuaraan di WePlay! Dota 2 Tug of War: Mad Moon dan OGA Dota Pit S2.

Ini adalah lineup penuh bagi Team Nigma sekarang:

  • Amer “Miracle-” Al-Barkawi
  • Ivan “MindControl” Ivanov
  • Maroun “GH” Merhej
  • Kuro Salhi “Kuroky-” Takhasomi

Mereka masih lagi mencari pemain kelima yang akan mengisi kekosongan ini dan bagi memulakan musim kedua DPC dengan lebih baik.

RELATED NEWS

+