DOTA 2: Tiga lagi pemain Malaysia menyertai Moon di Singapore Major

Tiga lagi pemain Dota 2 Malaysia, Cheng Jin Xiang (NothingToSay), Thiay Jun Wen (JT-) dan Chan Chon Kien (Oli) akan menyertai Kam Boon Seng di kejohanan Major Dota 2 pertama tahun ini iaitu Singapore Major bermula 27 Mac.

Ini adalah pasukan diwakili mereka:

  • Invictus Gaming (China) – Oli dan JT-
  • PSG.LGD (China) – NothingToSay
  • Fnatic (Asia Tenggara) – Moon

Sementara itu, China mempunyai bilangan pemain tertinggi mewakili seramai 17 pemain manakala Filipina di tempat kedua dengan 10 pemain.

Team Secret antara kuasa kuat Eropah kerana berjaya mengekalkan ranking pertama di divisi atas liga Dota 2 Eropah.

Singapore Major menjadi medan pertempuran offline yang akan diadakan di Fairmont, Singapura dengan hadiah terkumpul AS$500,000 (RM2.05 juta).

Major ini juga termasuk dalam Dota Pro Circuit 2021 yang akan memberi ganjaran mata kepada pasukan menuju ke acara tahunan, The International.

RELATED NEWS

+