Dijemput ke talk show Planet Esports baru-baru ini, Ikuto luah rasa teruja

Dijemput menjadi tetamu istimewa bagi rancangan e-sukan di luar negara adalah satu pengalaman baharu yang takkan dilupakan sesiapa.

Bagi pengulas e-sukan tersohor negara, Radzi “Ikuto” Rahman meluahkan rasa teruja apabila dijemput ke rancangan Planet Esports yang dikendalikan oleh Revival TV, sebuah portal berita dan media dari Indonesia.

Katanya, talkshow tersebut membincangkan mengenai MPL Malaysia berbanding negara lain. Mereka juga berbincang mengenai pasukan yang akan memberikan kejutan di Piala Asia Tenggara MLBB (MSC 2021). 

“Banyak yang dibincangkan mengenai MPL, MSC dan juga strategi pasukan Malaysia,” katanya ketika dihubungi.

Ikuto juga mengatakan Planet Esports beri ruang kepada semua orang bercakap dan beri pandangan. Ia adalah satu program dua hala yang membincangkan input dan pandangan dari negara berbeza.

Foto: Youtube Revival TV

RELATED NEWS

+