Dapatkan The Sims 4 Hanya Untuk RM40 Sempena Ulang Tahun Ke-20 The Sims

Ramai antara kita membesar dengan bermain The Sims dan juga sekuel-sekuel yang menyusuli. Kalau anda belum pernah main The Sims 4 (secara halal), sekarang anda berpeluang untuk dapatkannya.

Bersempena dengan ulang tahun ke-20 siri permainan The Sims, EA mengadakan jualan istimewa untuk The Sims 4 dan kesemua tambahan (add-ons) serta pek pengembangan (expansion packs) game tersebut kecuali The Sims 4: Tiny Living Stuff Pack. Jualan ini akan berkakhir pada 6 Februari 2020.

Foto: EA

Tawaran terbaik dalam jualan ini semestinya The Sims 4 yang mendapat potong harga sebanyak 75% sehingga menjadi SG$12.47 (RM37). Harga asal game tersebut ialah SG$49.90 (RM149).

Pek perkembangan seperti Discover University, Island Living, dan lain-lain pula dipotong harga sebanyak 50% dan dijual pada SG$27.45 (RM82). Harga asal untuk pek perkembangan ialah SG$54.90 (RM164)

Untuk menikmati semua tawaran ini, anda perlu membuat akaun percuma untuk Origin iaitu aplikasi pengederan game secara digital untuk PC. Fungsinya sama seperti Steam dan juga Epic Games Store, cuma Origin dimiliki oleh EA.

RELATED NEWS

+