Discord Nitro secara percuma untuk pengguna Discord."> Discord Nitro secara percuma untuk pengguna Discord." /> Discord Nitro secara percuma untuk pengguna Discord." />

Dapatkan 3 bulan Discord Nitro percuma di Epic Games Store

Epic Games Store hari ini dengan pemberian percuma baharu. Bukan Epic Games lah kalau tidak dapat benda percuma. Mereka mengumumkan pemberian Discord Nitro secara percuma untuk pengguna Discord.

Buat pengetahuan semua Discord Nitro akan membolehkan pengguna mendapatkan beberapa fungsi yang tidak dapat digunakan jika anda pengguna percuma Discord. Anda boleh membuat profil Discord dengan peribadi sendiri, perkongsian skrin HD dan juga penggunaan emoji bergerak gif dan juga menggunakan mana-mana emoji dari mana-mana server Discord yang lain.

Terdapat banyak lagi kebolehan ekstra yang anda akan dapat dengan Discord Nitro. Jangan lupa tebus.

Walaubagaimanapun hanya pengguna yang tidak pernah membeli Discord Nitro sahaja boleh mendapatkan Nitro percuma ini. Selepas tiga bulan Discord Nitro ini akan diperbaharui dengan bayaran bulanan seperti biasa.

RELATED NEWS

+