CS:GO: ‘Kami Main Bukan Untuk Diri Sendiri Tapi Demi Keluarga dan Negara’ – Pasukan FrostFire

Menyayat hati. Itu yang boleh digambarkan bagi perjalanan skuad Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) negara, FrostFire yang akan membawa nama negara di bumi Belgium pada 12 April ini.

Mereka akan menyertai kejohanan Charleroi Esports dengan hadiah wang tunai terkumpul RM416,000! Mereka diwakili oleh Aiman “aimaNNN” Azham, Ashraf “acAp” Firdaus, Shamir “Subbey” Zaman, Mohd “Avirity” Norazwan dan Affiq “Nutr1xNTC” Daniel.

Baca lanjut: FrostFire ganti skuad Singapura, BOOT untuk ke Belgium

Kata kedua pemain baru FrostFire, Norazwan dan Affiq, mereka rasa teruja kerana ini adalah impian setiap pemain CS:GO di Asia Tenggara.

“Dah lama nak main sampai ke peringkat ini. Pertama kali bertanding di Eropah, rasa macam teruja dapat lawan dengan skuad-skuad macamni. 

“Walaupun ini adalah kejohanan antarabangsa kedua selepas World Electronic Sports Games (WESG), kami tetap anggap ini pengalaman yang sangat berharga,”

Duo ini juga menambah, sokongan daripada keluarga adalah penting.

“Kami main bukan untuk diri sendiri saja tapi untuk keluarga dan juga negara.

“Nak buktikan dekat ibu bapa sendiri dan juga di luar sana yang bermain game boleh dijadikan karier untuk anak muda berjaya. Tak semestinya dengan memilih bidang yang biasa menawarkan pekerjaan kepada graduan,”

Sementara itu, jurulatih mereka, Rezza Talaha mengatakan skuad ini berlatih selama 9 jam sehari untuk kekalkan momentum mereka.

“Kami selalu juga scrim (berlatih) bersama skuad luar negara dan ini adalah kejohanan pertama kami yang menawarkan hadiah wang tunai begitu tinggi.

“Jadi kami memang berlatih bersungguh-sungguh. Kami menonton video gameplay dan baca playstyle untuk bersiap sedia berdepan pasukan-pasukan ini.

“Walaupun kami tak meletakkan harapan begitu tinggi (kerana mereka pasukan begitu banyak pengalaman), tapi kami akan cuba untuk timba pengalaman bermain dengan mereka,”

Kami dari MyGameOn ingin ucap selamat maju jaya dan #MalaysiaBoleh! Semoga korang dapat harumkan nama negara di persada antarabangsa!

Jom saksikan gambar mereka sebelum berlepas ke Belgium!

Ikuti MyGameOn di Facebook dan Instagram serta saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+