Crysis Remastered Trilogi akan dilancarkan pada musim luruh ini

Crytek semalam telah mengumumkan Crysis Remastered Trilogy untuk pelantar konsol dan PC. Crysis Remastered Trilogy akan mempunyai ketiga-tiga permainan Crysis, Crysis 2 dan Crysis 3. 

Ketiga-tiga permainan ini dengan hasil kerjasama Saber Interactive untuk membantu kestabilan permainan ini bagi konsol dan PC moden zaman sekarang. Crysis Remastered Trilogy ini boleh didapati secara bundle di PlayStation, Xbox, Nintendo Switch dan PC. Crysis 3 juga boleh dibeli secara asing.

Crysis menceritakan tentang perang di kepulauan Korea Utara, bandar New York dimana kita perlu menyelamatkan dunia dari virus yang membunuh seluruh manusia. Akhirnya mengetahui tentang kebenaran C.E.L.L. Sedikit sebanyak cerita tentang trilogi Crysis

Crysis Remastered:

Menceritakan misi ke Korean Utara apabila makhluk asing menyerang semua kepulauan Korea Utara. Makhluk asing juga akan menyerang sehingga ke New York, Amerika sekaligus memberi tekanan akan kepupusan manusia di bumi. Dilengkapi dengan teknologi Nanosuit 2.0, kita perlu melawan makhluk asing yang menyerang dengan senjata dan kuasa baru untuk menyelamatkan seluruh umat manusia.

Crysis 2 Remastered:

Makhluk asing kini datang kembali untuk menyerang. Bumi kini mengalami masalah perubahan iklim. Hanya kita sendiri sahaja yang mempunyai kuasa untuk melawan balik.

Crysis 3 Remastered:

Bandar New York kini berubah menjadi hutan hujan yang dijaga oleh nanodome gergasi. Prophet kini perlu menjaga tujuh kawasan untuk menjaga keamanan dari manusia dan makhluk asing.

Anda boleh melayari laman sesawang Crytek untuk maklumat lanjut tentang Crysis Remastered Trilogy.

RELATED NEWS

+