Comic Fiesta 2017: Resurgence & Washed Up Mid Muncul Juara Kejohanan AOV & LOL

Meriah sungguh hujung minggu di Comic Fiesta dengan penganjuran kejohanan Arena of Valor (AOV) Valor Cup dan League of Legends Legacy Series pada hujung minggu lepas!

PASUKAN Resurgence

Pasukan Resurgence muncul juara AOV Valor Cup selepas menewaskan Penang Food. Wakil Singapura itu membawa pulang wang tunai RM25,000 serta penajaan daripada Digi selama 6 bulan yang berharga RM12,000. Tahniah!

PASUKAN Washed Up Mid

Legacy Series pula menyaksikan Washed Up Mid menjulang trofi selepas menamatkan perjalanan pasukan Nothing To Lose 2.0 di pusingan akhir. Mereka membawa pulang wang tunai RM6,000.

Dengan kemenangan tu, Washed Up Mid dan Nothing To Lose 2.0 mendapat kelayakan automatik ke League of Legends Championship Malaysia (LCM) Promotional Series.

Garena juga mengambil kesempatan untuk mempromosi merchandise daripada AOV dan Riot Games kepada orang ramai menerusi acara dua hari itu yang berlangsung pada 16 hingga 17 Disember.

Selama dua hari, berpuluh ribu peminat komik, seni, cosplayers, dan gamers berkumpul di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC). Tahniah kepada Washed Up Mid dan Resurgence!

RELATED NEWS

+