Bukan rezeki, tiada jemputan terus Yoodo Gank ke PMPL S4

Kuala Lumpur: Juara SEA Finals pada tahun lepas, Yoodo Gank nampaknya tidak berjaya mengekalkan tiket jemputan terus ke PMPL MYSG musim seterusnya (S4).

Ia berikutan pasukan itu yang berada di kedudukan empat tercorot dan menurut peraturan dari Tencent, hanya 12 pasukan teratas daripada 16 pasukan akan layak mendapat jemputan terus ke liga musim seterusnya.

Selain Yoodo Gank, JPN SEA, IPW LX dan Damansara FlashVision juga tidak layak kerana kedudukan mereka di bottom 4.

Kesemua pasukan ini perlu melalui pusingan kelayakan kembali menerusi PMCO (kejohanan yang memberikan slot untuk ke PMPL S4).

Ini adalah kali pertama Yoodo Gank tidak mendapat jemputan terus selepas tiga musim dan pastinya mereka akan cuba buat yang terbaik untuk perbaiki kembali momentum dan prestasi pasukan secara menyeluruh.

RELATED NEWS

+