Branz buat permohonan maaf secara terbuka

Mengakui kecuaian ketika melakukan penstriman langsung di Nimo TV, pemain jungler Bigetron Alpha, Jabran “Branz” Bagus Wiloko tampil meminta maaf secara terbuka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Jabran Bagus (@btr_branz)

Ternyata ramai yang bersimpati dengan apa dihadapi beliau dan pemain profesional dari organisasi lain seperti RRQ turut tampil memberi komen motivasi bagi membangkitkan kembali semangatnya.

Ketua Pegawai Eksekutif RRQ, Andrian Pauline ada menulis “Semangat Branz!,” begitu juga dengan pemain EVOS Legends, LJ yang turut senada dengan Andrian.

Rexxy juga hadir memberikan komen semangat kepada beliau.

Terdahulu, Branz dikenakan tindakan disiplin oleh Bigetron Alpha dengan menghalang pemain ini dari menyertai mana-mana kejohanan MLBB dalam masa sebulan dan dihalang bertanding di Piala Asia Tenggara MLBB (MSC 2021) yang akan berlangsung pada Jun ini.

Tindakan itu berikutan kecuaian beliau ketika satu penstriman langsung di Nimo TV pada Khamis.

Foto: Dailyspin.id

RELATED NEWS

+