Bos Fortnite Tarik Balik Ucap Tahniah Atas Kejayaan Apex Legends Kepada Respawn

Dah elok-elok puji, tiba-tiba ucapan itu ditelan balik pula?

Apex Legends baru sahaja dilancarkan pada Sabtu lepas merupakan game yang paling terhangat di pasaran sekarang. Ia adalah sebuah game percuma first-person shooter (FPS) bercirikan battle royale ala Overwatch + PUBG + Fortnite dibangunkan oleh pembangun siri Titanfall, Respawn Entertainment.

Melihat kepada populariti ini, seorang pengguna Twitter mengajukan soalan kepada naib presiden Epic Games, Mark Rein untuk beri komen tentang game baru yang bakal menandingi Fortnite.

Pertanyaan itu tidak pergi tanpa jawapan, malah Rein beri komen memberangsangkan seperti gambar tertera di bawah, “Saya suka (Apex Legends). Syabas!” 

Mesej baik ini mendapat perhatian CEO Respawn, Vince Zampella dan beliau memberi ucapan terima kasih dalam satu tweet balas kepada Rein serta siap ajak belanja minum kalau berjumpa kelak. Rein juga membalas baik ajakan itu.

Tidak lama kemudian, tweet asal Rein tidak wujud lagi. Rasa-rasanya, Epic Games menarik balik kenyataan itu atas sebab-sebab tertentu yang kami tidak tahu tetapi mungkin untuk mengawal imej Fortnite terhadap persaingan dekat mereka. Sepanjang tahun 2018, Fortnite menjadi fenomena besar sehinggakan Netflix melihat game ini sebagai persaingan mereka dengan catatan keuntungan tertinggi untuk game percuma iaitu sebanyak USD$2.4 billion.

Walaupun Apex Legends baru sahaja dilancarkan seminggu lepas, game ini berjaya mencatat 10 juta pemain dan mempunyai 1 juta pemain serentak dalam masa 72 jam. Pemerhatian di Twitch juga melihat ramai streamer bertukar arah lalu mengatasi Fortnite dan menduduki tangga teratas Twitch sehingga mencecah lebih daripada 290,000 penonton.

Lebih-lebih lagi, ada ura-ura Apex Legends juga bakal dilancarkan di Android dan iOS! Buat masa sekarang, Apex Legends percuma dimainkan di PC (Origin), Xbox One dan PS4 manakala Fortnite percuma dimainkan di semua platform: PC, Xbox One, PS4, Nintendo Switch, Android dan iOS. 

Pada pendapat korang, mana lagi seronok main – Fortnite atau Apex Legends? Kongsikan pendapat bersama kami di laman Facebook MyGameOn.

Sumber: DualShockers

Daftar sekarang untuk kejohanan e-sukan kampus terbesar di Malaysia! Ada game Mobile Legends, PES 2019 dan Dota 2, khas untuk pelajar universiti sahaja! 

KLIK LINK INI UNTUK MENDAFTAR.

Info lanjut, layari laman web ini dan Facebook kami.

RELATED NEWS

+