Berjaya Dragons akan bertanding di PCS 2021 – liga League of Legends di Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong

Kejohanan League of Legends The Pacific Championship Series (PCS) musim 2021 akan bermula pada 19 Februari ini.

PCS yang dibawakan oleh Riot Games Asia Tenggara, Carry Live Co. dan Garena kini mengumumkan sembilan pasukan yang akan berlawan di liga tersebut.

Senarai pasukan PCS 2021 Spring Split:

  • Alpha Esports (Taipei) 
  • Berjaya Dragons (Malaysia) 
  • Beyond Gaming (Taipei)
  • Hong Kong Attitude (Hong Kong)
  • Impunity (Singapura)
  • J Team (Taipei) 
  • Liyab Esports (Manila)
  • Machi Esports (Taipei)
  • PSG Talon (Hong Kong) 

“Kami teruja mengumumkan sembilan pasukan akan bertanding di PCS 2021 Spring Split. Pasukan-pasukan ini membuktikan dedikasi mereka untuk berjaya di liga ini dengan pemain yang beraksi di peringkat tertinggi mengikut rantau masing-masing.

“Peminat boleh harapkan perlawanan yang sengit antara pasukan hebat dan juga pendatang baru,” kata Chris Tran, Ketua E-Sukan Riot Games Asia Tenggara, Taiwan, Hong Kong dan Macau.

Musim baru ini akan hadir pada 19 Februari dengan format best of one double round robin pada musim liga dan diikuti double-elimination di playoffs. Perlawanan akan bersiaran dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Thai.

RELATED NEWS

+