‘Balik awal’ di MPL, Alter Ego kini cari penganalisis dan pembantu jurulatih

Kekalahan awal di lower bracket MPL Indonesia musim ketujuh sedikit sebanyak memberi kesan kepada Alter Ego. Kelihatan pemain-pemain mereka seolah gagal untuk mengadaptasi dengan patch yang kian berubah-ubah.

Bagi mengatasi kelemahan itu, organisasi e-sukan Alter Ego sedang mencari penganalisis dan pembantu jurulatih yang baharu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Ini menunjukkan mereka sangat berdedikasi untuk bangkit dengan lebih kuat pada musim akan datang.

Kekalahan ini adalah sangat mengecewakan buat mereka kerana sebelum ini Alter Ego meraih tempat kedua di MPL ID musim keenam dan mereka adalah juara kejohanan jemputan (MPLI) sebelum ini.

Jadi pastinya dua posisi baru ini sangat diperlukan untuk menyemak kembali kelemahan Alter Ego.

RELATED NEWS

+