ArkAngel Predator juara PUBG Challenger Rumble 2021 Season 1

PUBG Challenger Rumble 2021 telah berlangsung baru-baru ini dengan penyertaan dari empat negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Setelah bertanding di pusingan kelayakan tempatan masing-masing, lima pasukan dari Indonesia, tiga pasukan dari Filipina dan dua pasukan dari MY/SG berjaya ke acara utama PCR di mana mereka bertanding bersama tiga pasukan jemputan dari Indonesia dan tiga pasukan jemputan dari Filipina.

Setelah bertarung selama tiga hari dalam acara utama, ArkAngel Predator dari Filipina dinobatkan juara di kalangan pasukan Asia Tenggara dengan markah sebanyak 464 mata. 

Seterusnya, di tempat kedua adalah pasukan Victim Rise (Indonesia) dengan 224 mata, Eagle 365 Esports (Indonesia) di tempat ketiga dengan 207 mata dan juga The Colony (Filipina) di tempat keempat dengan 206 mata. Tahniah buat keempat-empat pasukan ini atas berjaya untuk layak ke PUBG Continental Series (PCS) 4 APAC.

Harapan masih ada buat pasukan Team Extraordinaire (Indonesia) dan juga pasukan 4Samurai (Indonesia) di tempat kelima dan keenam kerana enam pasukan teratas akan dijemput secara langsung untuk bertarung di pusingan kelayakan buat acara utama PCS5 APAC.

Nantikan PCS4 APAC yang dijadualkan untuk berlangsung pada bulan Jun tahun ini.

Anda rasa siapa yang akan menang untuk  membuktikan pasukan mereka layak maju ke kejohanan PUBG Global Championships 2021?

RELATED NEWS

+