Apex Legends Mungkin Mampu Rebut Takhta Fortnite Sebagai ‘Raja Battle Royale’

Apex Legends tak dinafikan lagi permainan video fenomena baru dan kini ia dikatakan hampir merebut populariti Fortnite! 

Sebelum ini permainan Battle Royale ini mencatatkan 25 juta pemain dalam satu minggu saja dan ia tak menunjukkan kadar yang perlahan. Malah, dikatakan dengan kadar sekarang ini, mampu merebut takhta diperoleh Fortnite.

Penganalisa Thomas Rice berkongsi graf di Twitter yang membandingkan statistik kedua permainan itu. Fortnite lebih ke depan tapi ia untuk jangka masa setahun dan dikeluarkan di pelbagai platform. Tapi menurut Rize, Apex Legends bukan saja mempunyai gimik pelancaran yang lebih berjaya dari Epic Games tapi juga lebih tinggi angka pemainnya.

Seperti dilihat di twit di atas, Fortnite mempunyai ramai pemain yang mula menyertai peperangan survival ini. Apex legends pula terus meningkat ke atas. Ini juga disebabkan sudah ada ‘pengikut’ genre Battle Royale dan mereka hanya mencuba judul Battle Royale lain.

Tambahan lagi, Respawn juga lebih pantas bertindak dengan feedback berkenaan isu Apex Legends. Pembangun ini baru saja membatalkan skin Valentine’s Day selepas menemui isu baru yang menyebabkan crashes

Mesti menarik tengok macam mana permainan Battle Royale percuma ini akan bersaing antara satu sama lain. Pemain pula ada banyak pilihan nak main yang mana satu.

RELATED NEWS

+