PS4 tertutup secara paksa semasa bermain Anthem dan bakal mengeluarkan satu patch untuk baiki masalah ini."> PS4 tertutup secara paksa semasa bermain Anthem dan bakal mengeluarkan satu patch untuk baiki masalah ini." /> PS4 tertutup secara paksa semasa bermain Anthem dan bakal mengeluarkan satu patch untuk baiki masalah ini." />

Anthem: Patch Untuk Baiki Masalah PS4 Tertutup Sendiri Bakal Hadir Minggu Depan, Kata BioWare

BioWare telah kenal pasti isu yang menyebabkan PS4 tertutup secara paksa semasa bermain Anthem dan bakal mengeluarkan satu patch untuk baiki masalah ini.

Penerbit utama Anthem, Ben Irving berkata dalam stream di Twitch bahawa BioWare telah menjumpai beberapa perkara yang menyebabkan ‘crash’ dan akan dibaiki dalam patch ini. Menurut siasatan mendalam daripada BioWare dan Sony, mereka tidak menjumpai mana-mana konsol yang kena bricked iaitu bermakna menjadikan PS4 itu rosak dan tidak boleh digunakan kerana bermain Anthem.

Ketua servis langsung BioWare, Chad Robertson telah mengenalpasti beberapa sebab yang menyebabkan PS4 itu ‘crash’ buat sementara semasa main Anthem.

“Kalau korang berdepan dengan game crash yang mana konsol PS4 tidak memberi sebarang respon, korang boleh tutup secara manual dan buka semula tanpa ada risiko merosakkan konsol,” kata Robertson. “Selepas kajian menyeluruh, kami tidak menjumpai sebarang kes Anthem mengakibatkan konsol itu brick. Kalau korang mengalami masalah itu, sila berhubung dengan EA Help supaya kami boleh siasat insiden ini.”

Patch terbaru Anthem akan hadir pada 12 Mac 2019. Harap-harap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera supaya korang sambung sarung Javelin dalam Anthem.

Sumber: Polygon

 

 

RELATED NEWS

+