Anthem NEXT dibatalkan, fokus diberikan kepada Dragon Age dan Mass Effect

Projek rekaan semula permainan Anthem yang juga dikenali sebagai Anthem NEXT telah dibatalkan oleh pembangunnya BioWare. Walaubagaimanapun, perkhidmatan langsung untuk permainan tersebut tetap akan diteruskan.

Christian Dailey, penerbit eksekutif BioWare Austin, menyatakan bahawa pandemik COVID-19 telah mengakibat gangguan terhadap produktiviti kerja. “Untuk mengelakkan stres melampau dalam kalangan pasukan pembangunan Anthem, kami terpaksa melepaskan beberapa perkara yang dirancang untuk permainan tersebut,” kata Christian.

Projek-projek lain yang sedang diusahakan oleh BioWare seperti permainan baharu Dragon Age dan Mass Effect akan dijadikan fokus utama. Pada waktu yang sama, pengeluaran kemaskini untuk Star Wars: The Old Republic juga akan diteruskan.

Ini merupakan satu berita sedih untuk para pemain Anthem yang masih berharap permainan tersebut dapat diselamatkan. Penulis berharap keputusan ini sekurang-kurangnya memastikan BioWare dapat menghasilkan permainan Dragon Age dan Mass Effect baharu yang lebih berkualiti.

Sumber: BioWare

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+