Kuala Lumpur: Juara dunia Dota 2, Anathan “Ana” Pham mengumumkan kedatangan kembali Ana ke pasukan OG.
OG sebelum ini pernah memenangi The International dua kali berturut-turut dan keputusan untuk rekrut balik Ana ini ada kaitan dengan prestasi mereka baru-baru ini, mendapat tempat kelima di liga Eropah lalu gagal meraih tiket ke Major.
Kehilangan Ana yang mengambil keputusan untuk rehat menyebabkan OG tidak berjaya untuk menang mana-mana pertandingan atau layak ke Major. Oleh itu, penambahan ini adalah perlu untuk kembalikan momentum OG.
When things go wrong and you’re unsure where to go next, the only source of sunlight that you feel like turning to is your friends. Your family.
The ones that love and accept you for exactly who you are.
Welcome back to OG³, @anadota99. 🌻#DreamOG pic.twitter.com/L63SfVNvcd
— OG (@OGesports) April 11, 2021
Berita ini diumumkan beberapa minggu selepas MidOne (kini bersama Team SMG) tidak lagi bersama OG. Mereka mengatakan tidak ada keserasian dari segi corak permainan bersama pemain kelahiran Malaysia tersebut.
Ini adalah barisan pemain bagi OG Dota 2 untuk DPC musim kedua:
- Anathan “ana-” Pham
- Topias Miikka “Topson” Taavitsainen
- Sébastien “Ceb” Debs
- Johan “N0tail” Sundstein
- Martin “Saksa” Sazdov
OG kembali berlawan di peringkat upper division untuk DPC 2021 bermula hari ini.