Among Us mencatatkan angka 295 juta pemain aktif pada bulan Oktober 2020

Among Us adalah permainan fenomena yang diminati oleh rakyat Malaysia dan di seluruh dunia.

Mengikut satu laporan data disediakan App Annie, permainan dibangunkan Innersloth ini berjaya mencatatkan sebanyak 295 juta pemain aktif pada bulan Oktober lepas.

Ia termasuk pemain di platform iOS dan Android.

Jadi tidak hairanlah Innersloth ingin terus memperkasa permainan mereka ini. Terbaru, mereka akan hadirkan peta baru yang keempat. Selain itu, Among Us juga sudah dikemaskini dengan tetapan taskbar baru, sokongan buta warna dan undi rahsia.

Di Twitch, Among Us melonjak ke carta teratas sebagai permainan yang disukai peminat dan juga penonton. Dalam kalangan streamers, ia juga popular. PewDiePie, Pokimane, Valkyrae dan Shroud antara yang suka bermain permainan ini.

Sumber rujukan: TalkEsport

RELATED NEWS

+