Alter Ego ‘tak perform’ di MPL, Leomurphy buat keputusan jadi streamer?

Pemain Mobile Legends Indonesia, Leomurphy memberi satu gambaran bahawa beliau mungkin akan menjadi streamer sepenuh masa selepas tamat MPL Indonesia musim kelapan.

Pengguna tank yang dikenali dengan recall “tas-tas” ini sempat mengumumkan berita tersebut dalam satu penstriman langsung.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Sebelum ini, Leomurphy bermain di MPL Indonesia musim ketujuh namun pasukan itu tidak berapa menyerlah di minggu akhir liga dan playoff sekali gus gagal layak ke MSC 2021.

Sepanjang kariernya bersama Alter Ego, beliau pernah menghadiahkan piala Kejohanan Jemputan (MPLI) kepada organisasi tersebut.

Sejak musim ketiga lagi bersama AE, mungkin beliau akan mengikut jejak langkah pemain lain seperti Wann, Lemon dan Luminaire untuk berehat seketika dari arena kompetitif.

Sumber rujukan: Instagram @emak_moba

RELATED NEWS

+