All Out oleh K/DA akan dilancarkan pada awal November

Walaupun bermula dengan satu lagu sahaja pada tahun 2018, K/DA kini telah menjadi kumpulan wanita K-pop virtual paling terkenal di dunia. Mereka akan melancarkan EP pertama mereka iaitu All Out pada 6 November tahun ini.

Pada hujung bulan Ogos, lagu The Baddest telah dilancarkan dan ia merupakan single daripada EP tersebut. Lagu tersebut dinyanyikan oleh Bea Miller, Wolftyla, dan dua ahli kumpulan (G)I-dle iaitu Soyeon dan Miyeon.

Penyanyi lagu Pop/Stars iaitu Madison Beer dan Jairu Burns akan kembali dalam All Out. Artis-artis terkenal lain yang juga terlibat dalam album ini adalah kumpulan wanita K-pop TWICE dan penyanyi dari Jerman Kim Petras.

Berikut adalah senarai lagu-lagu dalam All Out:

  • The Baddest – (G)i-dle, Bea Miller, dan Wolftyla
  • More – Madison Beer, (G)i-dle, Lexie Liu, Jaira Burns, dan Seraphine
  • Villain – Madison Beer dan Kim Petras
  • Drum Do Dum – Aluna, Wolftyla, dan Bekuh Boom
  • I’ll Show You – TWICE, Bekuh Boom, dan Annika Wells

K/DA merupakan satu fenomena yang sangat menarik kerana semua ahli kumpulannya adalah watak-watak fiksyen. Konsep ini sama seperti kumpulan Gorillaz cuma estetik K-pop dan tema permainan video daripada League of Legends lebih ditekankan.

Apa pendapat anda tentang lagu The Baddest? Adakah ia lebih sedap didengar berbanding Pop/Stars?

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+