Akhirnya Ragnarok Online Kembali! – Closed Beta Bermula 27 November Ini

Lama dah tunggu? Ini surprise dari Gravity dengan kerjasama Electronics Extreme untuk korang semua!

Ragnarok Online, suatu ketika dulu korang grind tanpa henti, party sampai ke pagi, hunt MVP sama-sama sampai tak ingat dunia kini kembali membawakan pengalaman manis 10 tahun dulu. 

Diberi nama Ragnarok Online ROExtreme, korang boleh mula bermain secara percuma di server closed beta (ya betul tanpa ada lagi subscription) bermula 27 November ini dan open beta yang akan bermula dua hari kemudian (29 November).

COSPLAY yang hadir memeriahkan suasana!

Pada majlis pelancaran di Publika, Kuala Lumpur hari ini, ramai yang menyerbu booth Ragnarok untuk mendaftar selain menangkap gambar bersama cosplayer dan KAFRA. 

Wakil dari Gravity (Korea Selatan) dan Electronics Extreme selaku publisher juga hadir untuk memberi ucapan dan merasmikan acara itu. Berikut adalah perkongsian menarik daripada mereka!

Pengarah Urusan Electronic Extreme, KAMPHEE Piromward

Pengarah Urusan Electronic Extreme, Kamphee Piromward berkata, permainan ini adalah percuma dan tidak ada sebarang transaksi mikro.

“Berbeza dengan sebelum ini, kami menyasarkan sesi permainan yang bebas dari transaksi mikro dan juga unsur Pay2Win. Ini semua bagi memastikan pemain mendapat kepuasan sama rata tanpa kelebihan pada pemain yang banyak berbelanja,”

Penyelia Kumpulan Bahagian Perniagaan/Kumpulan Perniagaan Global Gravity Co Ltd, Liliana Bae

Penyelia Kumpulan Bahagian Perniagaan/Kumpulan Perniagaan Global Gravity Co, Liliana Bae pula menambah, terdapat peningkatan dari segi pertumbuhan pasaran terutamanya di PC sejak Ragnarok Online mula dilancarkan.

“Kami yakin dengan pelancaran ini kerana percaya Ragnarok masih mempunyai ramai pengikut di sini (Malaysia) dan juga Singapura. Sejak kebelakangan ini juga, pengguna di PC masih menerajui pasaran Ragnarok Online di seluruh dunia berbanding di telefon pintar.

“Kami juga dalam perancangan untuk mempertimbangkan pelancaran Ragnarok Mobile di Malaysia dan ingin berkolaborasi bersama pembangun tempatan di sini untuk develop permainan itu. Kami percaya bakat tempatan di sini sangat kreatif dan berdaya saing dan dengan itu, kami ingin terus meneroka peluang dalam segmen ini,”

Semestinya inisiatif dari pemain industri antarabangsa ini akan memberi peluang kepada veteran-veteran di Malaysia untuk merasai sekali lagi zaman muda mereka. Tapi jika dilihat dari perspektif lebih meluas, syarikat luar kini memandang Malaysia sebagai satu pasaran berpotensi dari segi playerbase dan sambutan terhadap sesebuah permainan.

Buat peminat kipas susah mati RO sekalian, ini lah masanya korang siap sedia dan laungkan “My Body Is Ready!”. Kumpul guildmates lama-lama dulu, ajak kawan-kawan baru main kerana finally RO is here baby!

Jom layari laman web dan FB mereka untuk maklumat lanjut bagi penyertaan closed beta.

RELATED NEWS

+