Acer Malaysia umum dua model dinaiktaraf, Helios 300 dan Nitro 5

Acer Malaysia mengumumkan model Predator Helios 300 dan Nitro 5 yang diperbaharui bagi pasaran Malaysia.

Setiap laptop ini menerima kemaskini dan penambahbaikan dari segi spesifikasi dan cip pemprosesan.

 

Helios 300

Bagi Helios 300, ia kini dilengkapi dengan NVIDIA Geforce RTX 3060.  Yang lebih menarik, ia menggunakan i7-10870H, hadir dengan 512GB PCIe NVMe SSD dengan slot tambahan HDD dan satu slot M.2 serta 8GB DDR4 RAM yang boleh ditambah sehingga 32GB.

Menilai kepada rekaan Helios 300, ia lebih nipis dengan saiz skrin 15.6 inci IPS FHD. Resolusi ini juga boleh menyokong kadar segar semula 144Hz untuk paparan visual lebih lancar manakala bunyi audio tentunya sedap didengar dengan DTS: X Ultra dan bunyi sekeliling 3D bagi pengalaman mendengar lebih imersif.

Bagi gamers, anda juga akan disajikan dengan butang Turbo dan PredatorSense untuk overclock GPU dengan satu klik saja, memberikan anda kawalan sepenuhnya pada komputer riba ini. Helios 300 juga hadir dengan papan kekunci RGB 4 zon dan kipas penyejuk AeroBlade 3D.

Ia hadir dalam dua varian dan kini boleh didapatkan di kedai rasmi Acer dan stor dalam talian Acer. Harga bagi i7 adalah RM5,999 dan RM5,299 pula untuk varian i5.

 

Acer Nitro 5 

Dengan cip pemprosesan 11th Gen Intel Core (pertama di Malaysia) dan sistem penyejukan yang diperbaharui, Acer Nitro 5 juga dilengkapi dengan rekaan lebih moden bagi penggemar game.  

Ia dilengkapi dengan Nvidia Geforce GTX 1650, 8GB 3200Mhz DDR4 RAM dan 512GB PCIe NVMe SSD. RAM pula boleh dinaik taraf sehingga 32GB.

Dari segi paparan, Acer Nitro 5 mempunyai paparan 15.6 inci IPS FHD dengan kadar segar semula 144Hz, sama seperti Helios 300. Bagi tujuan memeriksa suhu, menukar kelajuan kipas dan lain-lain, anda boleh berbuat demikian menerusi aplikasi NitroSense.

Acer Nitro 5 boleh didapatkan dengan harga RM4,399 untuk i7 dan RM3,799 untuk varian i5.

Bagi anda yang membeli produk ini sebelum 30 Jun, anda boleh menebus hadiah percuma sehingga termasuk RM100 Touch ‘n Go eWallet atau kredit Boost di LINK ini.

Setiap penyertaan juga akan berpeluang memenangi #CreateYourDreamSpace daripada Woody Lab yang bernilai sehingga RM21,000 untuk tiga kategori iaitu Productivity,  Learning dan Gaming.

Bersama-sama penganjuran Predator League juga, Acer Malaysia sekarang sedang menawarkan sehingga RM1,300 diskaun bagi desktop gaming dan hadiah istimewa bernilai RM638 untuk gaming laptop serta RM500 pengurangan bagi Acerpure Cool pada RM799 (harga asal: RM1,299) di kedai Acer yang rasmi di Shopee dan Acer Store.

RELATED NEWS

+