A3: Still Alive dilancarkan, membawakan mod battle royale

Gergasi permainan video Korea, Netmarble kini kembali dengan judul terbaru genre MMORPG di peranti mudah alih. 

Dilancarkan semalam di Play Store dan Appstore, kini A3: Still Alive terus menduduki tangga pertama di carta aplikasi percuma di PlayStore.

Pada mulanya dilancarkan sebagai permainan PC di pasaran Korea pada tahun 2002, pengembaraan fantasi gelap ini membawa sesuatu yang sangat berbeza di peranti mudah alih

A3: Still Alive mungkin kelihatan sama seperti yang lain dalam percubaan untuk mendapatkan tempat dalam pasaran MMO.

Namun, ia sebenarnya berupaya menyusun MMORPG dunia terbuka dengan konsep Battle Royale untuk membuat sesuatu yang lebih daripada sekadar menjadi pesaing kepada permainan video Fortnite.

 

Mode Battle Royale

Salah satu cara merebut barang rampasan, terletak di luar misi utama A3 iaitu di dalam mod permainan battle royale. 

Sistem permainan ini tersedia langsung. Pada tahap satu, pemain dapat terjun secara percuma dalam perlawanan bersama tiga puluh pemain lain, atau bekerjasama dengan dua pemain yang lain untuk mengambil sisa peta. 

Dengan farming sejumlah raksasa bersama pemain lain, anda akan naik level dan ia akan meningkatkan kekuatan anda sepanjang perlawanan.

Seiring berjalannya waktu, setiap peta mendorong pemain ke arah penentuan terakhir dan pemain dengan skor paling banyak akan muncul di peringkat terakhir. 

Pertempuran Battle Royale membolehkan pemain di A3 naik level di dunia terbuka. XP boleh diperoleh melalui pertandingan battle royale.

Pass pertempuran yang boleh dibeli di pasaran barang akan memberikan kelebihan dan ganjaran kepada pemain.

Bagi anda yang meminati mod Battle Royale. Permainan A3: Still Alive adalah percuma untuk dimuat turun di kedua-dua pelantar iOS dan Android. Ia memberikan kelainan di dalam genre MMORPG di samping memberikan anda pengalaman battle royale.

Lihat video contoh mod ini dalam video di bawah:

RELATED NEWS

+