5 detik menarik dan ikonik dalam dunia e-sukan

Sudah tentu dunia e-sukan akan mempunyai detik-detik bersejarah yang kita pasti akan ingat sampai bila-bila. Ingat lagi masa pertama kali anda menyorak apabila pasukan e-sukan kegemaran anda menang? Beginilah situasinya. Tapi lebih dahsyat!

1.Echo Slam Enam Juta Dollar! (2015)

Perlawanan ini masih terngiang-ngiang dalam ingatan terutamanya pemain-pemain DOTA 2 di luar sana.

Terjadi semasa perlawanan akhir Dota 2 International 2015, ia merupakan perlawanan di antara EG dan CDEC. Sudah dalam pusingan keempat, EG mendahului 2-1 jadi CDEC perlu memenangi pusingan ini untuk terus ke perlawanan ke-5.

CDEC terpaksa menggunakan kelebihan yang ada membunuh Roshan dan kesemua 5 pemain CDEC berada di dalam kawasan Roshan. Namun apakah daya, EG terpaksa membuat permainan bahaya untuk cuba membuat comeback.

Universe yang menggunakan Earthshaker semasa itu dengan penuh berani melompat dan menggunakan Echoslam dan berjaya menewaskan hampir seluruh pemain CDEC di dalam kawasan Roshan sekaligus memenangi AS$6 juta! Tidak lupa juga TobiWan dengan trademark “It’s a disastahh!”.

2. Detik OG menjadi pasukan DOTA 2 Pertama memenangi Dota2 Internationals (2019)

Saat yang begitu bersejarah. OG merupakan pasukan pertama DOTA 2 yang memenangi  DOTA 2 The International secara berturut-turut. Mengalahkan pasukan Liquid dengan hasil bimbingan veteran DOTA 2 Johan ‘N0tail’ Sundstein.

Walaupun Kuro ‘KuroKy’ Takhasomi tidak menjulang Aegis kemenangan tahun itu, tetapi beliau menjadi pemain e-sukan DOTA 2 pertama yang bermain sebanyak 200 perlawanan di DOTA 2 The International.

3. Perfect Parry dari Daigo (2004) Stree Fighter III: Third Strike

Pertandingan EVO World Championship 2004. Perlawanan akhir antara Daigo dan Justin Wong. Daigo menggunakan Ken dan Justin Wong pula menggunakan Chun Li.

Cara permainan Daigo mengejutkan semua orang yang melihat perlawanan itu. Tiada apa yang perlu dicakap. Anda hanya perlu melihat video diatas. Video viral ini juga telah mendapat 20 juta penonton di Youtube.

Daigo walaupun berusia 39 tahun masih bermain Street Fighter sehingga sekarang dan masih berbisa walaupun usianya yang dikatakan agak tua untuk dunia e-sukan.

4. Lakad Matatag!!! Normalin Normalin! Fnatic lawan Secret (2019)

Antara detik ikonik yang menjadi meme dalam dunia DOTA 2. “Lakad Matatag!!! Normalin Normalin!” ini menjadi ikonik bukan disebabkan oleh cara bermain pemain DOTA 2 tapi sebaliknya disebabkan oleh pengulas Marlon “Lon” Marcelo and Aldrin “Kuya D” Pangan di perlawanan ESL One Katowice.

Situasi ini berlaku apabila EternalEnvy dari Fnatic yang menggunakan Razor berjaya mengejar Ace dari Secret yang menggunakan Lone Druid. Tetapi Fnatic sebaliknya menghantar pemain lain untuk menyerang kubu Secret. Ini membuatkan kedua-dua pengulas menjadi sangat tekejut dan melihat reaksi mereka paling menyeronokkan.

5. Permainan Happy dengan pistol Desert Eagle – CSGO (2014)

Vincent ‘Happy’ Schopenhauer dengan Desert Eagle sangat terkenal dalam e-sukan CSGO. Permainan ini sangat diingati ramai apabila Happy berjaya membunuh semua pemain di pihak lawan hanya menggunakan pistol Deagle.

Setakat ini sahaja antara detik menarik yang ikonik dalam e-sukan. Apa lagi detik-detik lain yang anda ingat?

RELATED NEWS

+