Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini mungkin berbeza namun itu tidak bermakna anda tiada cara untuk menyambutnya dengan cara berbeza."> Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini mungkin berbeza namun itu tidak bermakna anda tiada cara untuk menyambutnya dengan cara berbeza." /> Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini mungkin berbeza namun itu tidak bermakna anda tiada cara untuk menyambutnya dengan cara berbeza." />

10 game best anda kena main ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri

Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini mungkin berbeza namun itu tidak bermakna anda tiada cara untuk menyambutnya dengan cara berbeza.

Sebenarnya banyak permainan video boleh dimainkan secara dalam talian ataupun ketika anda mengunjungi rumah saudara mara di hari pertama Aidilfitri.

Ini antara permainan video anda boleh cuba menjelang lebaran:

 

1. Among Us

Seperti yang kita tahu, Among Us adalah permainan yang mengutamakan elemen kerjasama dan kepercayaan. Permainan ini sangat popular kerana ia menimbulkan keraguan, pada masa yang sama boleh menjadi hiburan waktu lapang untuk keluarga dan kawan-kawan.

Dalam Among Us, anda akan menjadi sama ada krew kapal angkasa atau Impostor. Yang peranan pertama memerlukan anda menyiapkan tugasan sehingga habis tanpa dibunuh dan peranan kedua membolehkan anda memburu kesemua krew kapal, merosakkan sistem pertahanan kapal dan masuk ke dalam cerobong bagi melarikan  diri.

 

2. Overcooked 1 & 2

Overcooked adalah siri permainan multi-pemain yang fast-paced dan membuatkan anda boleh jadi kelam kabut menyiapkan hidangan masakan. Permainan simulasi ini memerlukan anda bekerjasama dengan rakan (sehingga empat pemain) untuk memasak hidangan. Anda perlu mengumpul, memotong atau memasak bahan masakan dan membasuh pinggan.

Dalam Overcooked 2 terutamanya, lebih banyak peringkat, kostum chef, resepi dan halangan yang akan ditempuh. Yang menariknya, ia boleh dimainkan di PC dan konsol serta Nintendo Switch. Jadi jika anda beraya di rumah saudara, pastinya seronok main Overcooked menggunakan Switch.

 

3. Minecraft Pocket Edition

Minecraft di peranti mudah alih membolehkan anda bermain permainan ini bersama anak buah. Tiada had masa, anda boleh membina apa saja infrastruktur maya menerusi permainan ini.

 

4. Call of Duty: Mobile

Call of Duty: Mobile merupakan permainan mudah alih yang sangat digemari ketika ini. Dengan menggunakan elemen asas daripada francais popular Call of Duty, permainan ini mengutamakan mod multi-pemain yang sesuai untuk anda mainkan ketika Hari Raya Aidilfitri kelak.

 

5. UNO! Mobile

Dengan menyertakan konsep asas untuk permainan kad Uno, ia boleh dimainkan oleh sesiapa saja. Malah, anda boleh muat turun  di App Store dan Google Play Store.

 

6. Pokemon GO

Walaupun Pokemon Go tidak dimainkan dengan begitu meluas, namun komunitinya masih ada sehingga kini. Permainan simulasi ini membolehkan anda meneroka mencari Pokemon di alam maya menggunakan lokasi dunia nyata.

Jika anda mempunyai rakan-rakan atau saudara mara yang masih bermain, inilah masanya untuk kembali reunion dan mencari Pokemon bersama-sama!

 

7. Mobile Legends/Wild Rift

Populariti Mobile Legends dalam kalangan remaja tak dinafikan lagi. Setiap kali musim perayaan, pastinya ia dimainkan oleh remaja yang berkumpul bersama. Tapi bagi Wild Rift, ia masih baru namun menawarkan gaya permainan hampir serupa. Malah, Wild Rift sesuai untuk anda yang inginkan kelainan dari segi gameplay kerana ia menawarkan champions daripada versi asal League of Legends di PC dan banyak acara jadi jangan ketinggalan!

 

8. Jackbox Party Pack

Merangkumi banyak permainan, Jackbox adalah permainan yang sangat sesuai ketika Aidilfitri. Ia meliputi permainan trivia, teka teki dan sesuai dimainkan pada bila-bila masa bersama saudara-mara.

 

9. Animal Crossing: New Horizons

Mengutamakan interaksi antara manusia, Animal Crossing: New Horizons adalah gabungan permainan seperti Harvest Moon dan The Sims. Anda boleh bercucuk tanam, mempunyai rumah sendiri dan menjalani kehidupan di sebuah pulau.

Apa yang menarik untuk Aidilfitri ialah kebolehan pemain untuk melawat pulau (kediaman) pemain lain jadi jika anda mempunyai saudara mara, boleh lah mengajak mereka ke pulau anda dan sambut Aidilfitri secara virtual, dengan cara tersendiri!

 

10. Mario Kart 8 Deluxe

Seperti Crash Team Racing, permainan perlumbaan ini sesuai untuk anda main bersama kawan-kawan dan insan tersayang ketika Aidilfitri. Ia sesuai untuk semua lapisan umur dan tidak memerlukan kemahiran mendalam untuk menguasainya.

Ditambah dengan karakter-karakter menarik dari francais Mario, pastinya sesi permainan ini akan diisi dengan gelak tawa di rumah sewaktu kunjung Aidilfitri.

RELATED NEWS

+